About Me

My photo
kali pertama saya menungang motosikal ialah ketika berusia 15 tahun.. Dan pertama kali menungang Superbike ialah ketika berusia 16 Tahun..(milik Pak sedara..) Kemudian pernah memiliki KRR ZX 150 selama 3 bulan..moto tersebut dijual kerana tiada sebarang maklumat wujudnya komuniti di Malaysia..Saya juga adalah bekas Mat rempit,Pernah digantung lesen,Pernah dikejar polis,Selalu sangat disaman.. Nasib saya baik apabila bertemu dengan sebilangan kawan2 yang ada laluan yang betul di dalam mendalami minat saya..kini,Alhamdulillah..Perjalanan saya semakin lancar apabila minat saya mendapat sambutan di kalangan remaja muda yang pernah terjerumus ke dalam Kancah REMPIT yang sememangnya merugikan..ayuh! bersama kita menghapuskan gejala REMPIT yang sememangnya merosakkan jiwa anak muda sekarang.. :)

Sunday, March 7, 2010

Klasifikasi Motor

autoplay=1 type="application/x-shockwave-flash">

autoplay=1 autoload=1 />
  
Add a playlist to your page using iLike
By: Alan Razgriz
a-Loner | its not a sin giving loves to a bike.. ( I wish she's a gurl.. x-P) | Alan Budak Dae-gil | Ayaba Bonzer,Abi Ahsraf,Nurul huda,MR Q,Save Palestin,FREE SPIRIT MOTORCYCLE CLUB,They call me..Pali..


and source from Wikipedia
Secara umumnya..Yayasan Keselamatan Motosikal(U.S) telah mewujudkan pecahan-pecahan motosikal mengikut spesifikasi..Antaranya ialah Street,Off-Road, dan Dual Sport..Sport bike pula ialah sejenis motosikal yang berasal dari pecahan Street dan secara umumnya untuk penggunaan Optimalbaik dari segi keselesaan,penunggangan,dan lain2 lagi...
SejarahSehingga lewat 1960-an, motosikal terbahagi kepada tiga format utama Iaitu:-
* Motosikal bekerja: Umumnya di bawah 250 cc serta berkuasa rendah sekadar mencukupi sebagai pengangkutan untuk pergi bekerja. * Motosikal umum: Umumnya di bawah 500 cc / 650 cc untuk digunakan sebagai motosikal bekerja, tetapi dengan lebih keluaran kuasa supaya dapat digunakan untuk berseronok pada hujung minggu.
* Motosikal kembara: Apa jua jenis motosikal dengan saiz enjin melebihi kedua-dua kategori di atas dan dibina terutamanya untuk mengembara.
Syarikat motosikal pertama yang dikatakan telah memecahkan acuan tersebut ialah Vincent Motorcycles. Direka sebagai motosikal kembara, tumpuan model-model buatan Vincent terhadap kelajuan adalah mengagumkan pada zaman di mana lebuh raya masih belum wujud. Walau bagaimanapun, pengendaliannya adalah ringkas.(Classic bebeh!)
Kemudian pada tahun 1960-an, dua buah motosikal dibangunkan supaya boleh digunakan sebagai pengangkutan harian di samping berlumba pada hujung minggu, dan model-model tersebut adalah motosikal sport pertama di dunia. Motosikal-motosikal tersebut adalah BSA Rocket 3/Triumph Trident dan Honda CB750K.
Walau bagaimanapun, model Kawasaki Z1 model tahun 1971 dengan enjin DOHC 900 cc adalah model yang bertanggungjawab merintis ke arah era motosikal sport moden. Motosikal Z1 sangat popular sehinggakan sehingga akhir dekad tersebut pengeluar motosikal Jepun yang lain turut meniru formula Z1 dan konfigurasi enjin DOHC 4 sebaris dalam model keluaran mereka. "Peperangan motosikal" yang tercetus antara pengeluar motosikal Jepun mnyumbang kepada kejatuhan industri motosikal British.
KAWASAKI Z1 (1971)
FIRST ENTRY
Terdiri dari jenis Motosikal sport kecil yang lazimnya mempunyai saiz enjin antara 50 cc hingga 400 cc . Boleh didapati juga dalam pilihan enjin 2 lejang ataupun 4 lejang, tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan bagi memenuhi tuntutan peraturan emisi. Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.tetapi enjinnya bekerja lebih lasak lagi berbanding motosikal berkuasa besar.
Contoh termasuklah Aprilia RS250 dan Honda CBR150R.
FIRST ENTRY
Suzuki GS500E.

FIRST ENTRY/Cruiser
KAWASAKI ZSR 150
FIRST ENTRY
HONDA CBR 150

FIRST ENTRY
Aprillia RS 250


FIRST ENTRY
Kawasaki KRR zx 150 SE/LE

Cybernatic Cruiser
SUZUKI FX-R 150


Underbone
Suzuki Belang (Malaysian Version),Satria FU-150(Indonesian Version)
predecessor of Suzuki FX-R 150,
Belang merupakan jentera Underbone yang amat digeruni..
Keupayaan Enjinnya yang dicipta semata-mata untuk perlumbaan drag-race membuatkan ianya digelar King of Underbone di seluruh Dunia(terutama di Indonesia)..system Enjin DOHC yang diguna pakai untuk Superbike diserasikan untuknya membolehkan spesifikasinya diubahsuai mengikut kemahuan..

Underbone
Yamaha RX-Z 135
Di Malaysia,RX-Z adalah antara jentera yang paling Popular di kalangan remaja..
jentera ini kerapkali ditafsir sebagai jentera JAHAT yang memberikan imej agresif dan ganas.. Ngaumannya yang bingit,sesuai dengan pemikiran remaja yang sentiasa cabar-mencabar,membuatkan ianya kurang disenangi oleh golongan bikers yang lebih berdisiplin dan tegas..namun begitu jentera ini mendapat nama sebagai MOST WANTED bukan kerana Kualiti,Tetapi kerana Kuantitinya..

SUPER SPORT
Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sangat diberi tumpuan terhadap prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 600 cc hingga 800 cc serta dengan berat dalam lingkungan 170 kg - 204 kg, menghasilkan kuasa kuda sekitar 100 hp (75 kW).
Contoh termasuklah Honda CBR600RR, Kawasaki Ninja ZX-6R dan Triumph Daytona 675.Superbike Ducati 1098 S Tricolore.

SUPER SPORT
Honda CBR600RR

SUPER SPORT
Kawasaki Ninja ZX-6R





SUPER SPORT
Triumph Daytona 675



Superbike
Motosikal superbike adalah motosikal sport bersesaran besar antara 800 cc - 1100 cc. Perwatakannya adalah sama seperti motosikal super sport tetapi dengan enjin yang lebih besar dan mampu menghasilkan lebih kurang 170 bhp (127 kW). Superbike 1000 cc juga digelar sebagai motosikal liter memandangkan sesaran enjinnya lebih kurang seliter.
Contoh termasuklah Ducati 1098, Honda CBR1000RR, dan Yamaha YZF-R1.Motosikal hyper sport Suzuki GSX1300R Hayabusa.

Superbike
Ducati 1098


Superbike
Honda CBR1000RR
Superbike
Yamaha YZF-R1



Hyper sport
Motosikal hyper sport adalah motosikal sport bersesaran sangat besar dengan tumpuan utama terhadap kelajuan maksimum dan pecutan. Ia digerakkan oleh enjin bersesaran antara 1100 cc hingga 1400 cc. Motosikal hyper sport adalah lebih besar serta lebih berat daripada superbike dengan berat basah menghampiri 227 kg. Pertambahan berat ini berkompromi dengan keupayaan di atas litar lumba untuk memberi tumpuan terhadap kestabilan pada kelajuan sangat tinggi sehingga melebihi 290 km/j. Perkompromian ini membolehkan pengeluar mereka bentuk ergonomik penunggang yang lebih baik.
Contoh termasuklah Honda CBR1100XX, Kawasaki Ninja ZX-14, BMW K1200S dan Suzuki GSX1300R Hayabusa.


Hyper sport
Suzuki GSX1300R Hayabusa




Hyper sport
Honda CBR1100XX




Hyper sport
Kawasaki Ninja ZX-14







Hyper sport
BMW K1200S


Sport touring
Motosikal sport touring direka untuk perjalanan jarak jauh. Ia menampilkan lebih banyak ciri-ciri keselesaan daripada kebanyakan motosikal sport. Motosikal sport touring selalunya lebih berat, kurang berkuasa serta kurang tertumpu ke arah prestasi daripada motosikal super sport, tetapi mampu menyimpan banyak barangan, mempunyai ergonomik penunggang lebih selesa serta lebih praktikal. Bergantung kepada jumlah tumpuan yang diberikan terhadap ciri-ciri kembara, saiz enjin motosikal sport touring melingkungi saiz enjin super sport sehinggalah ke hyper sport, tetapi ditala lebih rendah bagi keselesaa perjalanan jarak jauh.
Contoh termasuklah Honda VFR800, Triumph Sprint ST, and Yamaha FJR1300.


Sport touring
Honda VFR800 PDRM
Copyright of Amran J.




Sport touring
Triumph Sprint ST






Sport touring
Yamaha FJR1300


Saturday, March 6, 2010

30/12/09 Crew Of Ex5 Convoy


Aku dengan Pali bertolak se-awal 8.30 PM menuju ke Rumah Tengku
Fadzli..Sampai Disana kami menukar kenderaan menaiki Truck Official
Genuine Club Hilux menuju ke perhentian Juru..Setibanya kami
disana,terdapat lebih kurang 6 orang Marshall Crew LC/GC dan seramai 20
anggota COE Utara telah menanti.. antara yg Crew LCGC yg
Terlibat ialah Labu(adVisor),Mus(president),Syafiqx,Awie,dan yg lain2 x
konfem nama lg..selepas sesi suai kenai,kami berbincang tentang
aktiviti kami menjelang tahun depan.. Selang dua jam keboringan
melepak..sampai 4 lagi Ahli Crew Ghetto Scooter Genuine Club..Antara yg
Hadir ialah..
Awien -Mechanic GC..Merangkap scandel Gey Aku..Botak -Crew
Scooter..Syah-King motor Half Cut.. BHAHAH! Sepanjang malam
menunggu,akhirnya sampai gak bebudak COE tepat pada 12.30
AM..(arrangement mereka kul 8..Sepatutnya) Seramai hampir 100+ Orang
hadir,dan hanya lebih kurang 7 org perempuan yg turut terlibat di dalam
Program kali ini..
Antara Mereka Yang hadir ialah Para President COE KL,Kedah,J.B, dan
NS..
Dan Permit mereka Didaftarkan oleh Club RD Malaysia (Mr.Nizam.)
setibanya mereka,kami mengadakan sesi suai kenal,sesi bergambar,dan
juga Briefing session..dan akhir sekali para leader mengadakan sesi
pungutan wang untuk penginapan.. Antara perkara yang tidak dapat kami
elakkan,contohnya ada diantara para crew marshall kami yg terpaksa
pulang lebih awal kerana perlu bekerja pada keesokan
hari1nya..al-maklumlah. its end year bhai..banyak urusan closing yg
perlu disetelkan.. jadi,yang tinggal cuma kami berlapan (8) yang
terpaksa menguruskan tetamu COE dari Utara dan Selatan.. Pada pukul
2.30 AM,kami mula menyusun convoy formation. Awien dan Botak(Suzuki VS
150) menjadik lead di depan..Syafiq (Wave 125s)menjadi Lastmen di
belakang,sementara Labu (135 LC) menjadik Mid Marshall Di tengah..Dan
seorang anggota Crew LC menjadi Side Resort di bahagian end Shaft..Aku
sebagai radioman( Hilux ) Pali sebagai Camera man( Hilux ) dan Abang
Tengku sebagai Lead ( Hilux ).Kami Juga turut dibantu oleh seramai 6
orang(klau x silap..) COE official Marshall.. Pukul 2.45 AM kami
bertolak menuju ke pusat penginapan mereka Convoy Fomation yang kami
susunkan untuk mereka ialah 2 Side Lane.. 2 barisan berkembar..Manakala
kelajuan asas mereka bergerak ialah 80KM sejam..kelajuan dikurangkan
lagi apabila mereka memasuki kawasan yang lebih dalam..Ini berikutan
keadaan jalan yang melingkar2 (Maklumlah..tempat Abang Tanjung..Corner
sampai rapat..)dan laluan yang agak sempit..manakala Truck Hilux kami
mengambil Form Lead dihadapan,ini kerana ada diantara mereka dibelakang
gagal mengikuti kelajuan asas.. Checkpoint kedua kami ialah di Plaza
Tol Pulau Pinang.Disitu kami menysun semula barisan Formation yang
telah berpecah..Nah! Berpeluh kepala awek yang jaga tol tu tengok kami
sampai.. Naseb leader dah kumpul duit tol awal2..selamat
katanya..Malang x berbau,Scooter Botak menghadapi masalah semasa
berhenti di Checkpoint tersebut..Motor beliau dihumban naik ke atas
truck bersama dengan tuannya..Pali menghela nafas lega,kerana maybe ada
gak org yg beliau nk berpaut sekiranya terjatuh semasa membonceng
truck.HAHA! Kami tiba di Pusat Penginapan mereka yang bertempat di
dalam Area batu maung..(Klau x silap aku la..) tepat kul 3.20 AM.Ada
diantara mereka yang dah x sabar nk masuk ke bilik tidor..Maklumlah..8
Jam ride dari Kal sampai ke Penang.Mau patah pinggang..selepas habis
berurusan dengan Leader mereka,kami singgah sekejap di kedai
makan,melunaskan hutang makan malam kami..Thanks pali for Buying me
dinner..Siotnya sampai situ ade minah siam..Hidung manchunk tercacak,
Pantang aku ushar mesti menjeling.. Sampai Umah abang Tengku dalam 5.00 AM..sampai di umah,mandi2..
lepak tengok TV jap..Semayang jap..menaip pulak Journal nih..malam ni
ade plk Barbeque ngn GC bikers kat Rumah Mak Abang Tengku..dlm kol
lapan.. Kesian ko Pali,dah balik tidor x sampai sejam,kener pulak masuk
kje ek..Xpe..Sabar bro..adat menolong..Jadik,pada kengkawan yang
minat aktiviti Riadah mcmnie..nk terlibat dalam aktiviti yang sihat mcmnie..
Boleh hubungi aku dan pali.. Kami akan Connectkan anda dengan mereka
yang fokus terhadap benda2 mcmnie..
Bersihkan identiti anda dari rempit dan mna2 perbadanan haram yang
merosakkan bangsa,identiti,dan agama.. Dan hentikan Diskriminasi dalam
dunia Biking.. Dan Majulah Sukan Permotoran Malaysia..Yeah!
(P/S:dari pengalaman aku dan riders lain..antara perkara utama yg perlu
dielakkan semasa convoy menggunakan moto Cub nih.. ialah membawa
pembonceng..ianya bukan sahaja melengahkan,
tetapi juga penat bercampur tekanan..
tambahan pulak ride yg amat jauh dari Selatan naik ke Utara..
bukan nk mendiskriminasikan Kelas Motor ataupun apa..
Cuma sedikit tips untuk kita bergerak lebih selesa..
Renung-renungkanlah

Biking Technique

Asslamualaikum ...TEKNIK RIDING (menunggang..) jarang ada perkongsian atau knowledge mengenainya.. Semua orang boleh menunggang
Jemput usha Sample2 yang ada.. ;)



front page





Content information


About the author




engandungi 127 m/s..termasuk soft copy untuk cover..saiz 57.3 MB format PDF..
File ini adalah percuma,sebarang pembayaran adalah diharamkan sebarang sekali..
(melainkan korang cetak sendiri..)
Sharing is Caring..
so komen2lah posting2 yang aku buat..


By Alan Razgriz
-RIDE SAFE,PLAY HARD bebeh!-